Tuesday, December 9, 2014

Apa Benda yang Islamik-nya?


Sebagai seorang Muslim jugak, mungkin ada antara korang ingat aku suka dengan trend filem dengan drama TV yang katanya Islamik sangat tu. Walaupun tak follow sangat, tapi familiar jugak dengan filem macam 99 Kali Rindu; filem-filem seram yang kononnya ada elemen Islamik; dan lagi satu, drama bersiri Tanah Kubur.

Urut dahi aku dibuatnya bila tengok semua tu. Lepas tu bila cuba cari apa yang Islamik sangat dengan 99 Kali Rindu ni semua, terus migraine. Sikit punya panjang aku fikir, last-last sampai jalan mati. Senang cakap, aku tak nampak apa yang Islamiknya, dan dalam artikel ni aku akan cuba bahas 5 sebab kenapa. Nak buat 99 sebab, tak larat.

Mungkin korang ada pandangan dari sudut lain yang aku tak nampak sekarang ni. Habis baca nanti, jemput share pandangan kat bawah nanti.

#5 “Uniform” saja yang “Islamik”

Orang ramai macam masih lagi confuse antara cara hidup Arab dengan cara hidup Islam. Yang kata dua-dua tu sama pun ada lagi walaupun dah nak masuk tahun 2015. Kalau mat saleh confuse antara Islam dengan Arab, cepat je kita betulkan. Jadi kalau orang sini pun confuse, jangan la senyap je.

Panjang kalau nak cerita kat sini apa maksud aku, jadi cukuplah kalau kita limit-kan perbincangan ni kepada dunia filem dengan drama TV aje.

Dalam filem tempatan, bila diorang nak tunjuk yang seseorang tu beriman, somehow diorang rasa cukup kalau setakat serban, jubah, janggut, celak, dengan tasbih. Benda-benda ni tak salah pun. Yang jadi masalah bila semua tu diorang guna sebagai costume semata-mata. Tang lain tak “Islamik” pun.

Macam mana pulak jadi costume semata-mata? Ha, teruskan membaca.

#4 Doa saja dah cukup

Doa tu bagus, memang betul. Tapi kalau korang tengok Ustaz Filem Melayu (UFM), diorang macam tak tau apa-apa selain halau hantu. Siap boleh bagi Hadoken versi Islamik lagi.

Time aku sekolah ABIM dulu diorang tak ajar pun benda ni?
Tapi kalau korang perlukan bantuan dalam hal lain, good luck ah, sebab memang korang takkan jumpa UFM yang boleh tolong. Diorang cuma akan ada satu nasihat: banyakkan bersabar, dan banyakkan berdoa.

Jadi kalau korang pompuan dapat laki jenis kaki pukul, redha je la; kalau harta pusaka korang nak kena tarik balik, pasrah; kalau korang nak bukak business, UFM takde ilmu yang boleh tolong korang. Itu belum masuk skill memimpin yang langsung UFM takde.

Apa yang diorang tau buat cuma cakap pasal hal spiritual, dan doa, doa, doa.

“Dah tu? Nak buat apa lagi?”

Tengok la sejarah sikit, brader. Kalau korang takut sangat nak jadikan Rasulullah SAW sebagai role model, tengok khalifah terawal pun mungkin dah cukup.

Sewarak-warak Saidina Umar pun (sampai jadi pioneer ilmu Fiqah), tak pernah pulak dia tolak tepi terus hal dunia. Banyak rekod yang cakap pasal macam mana Saidina Umar cukup power dalam pidato, dengan skill pertahankan diri. Skill memimpin pun tak kurang, beb. Saidina Umar bukan takat jadi ADUN je, dia perintah satu empayar kot!

Okay, nak guna contoh Khalifah pun korang tak sedap hati. Fine, tengok tokoh Islam lain yang bukan pemimpin: Ibnu Sina, Omar Khayyam, Sharaf al-Din al-Tusi, Muhammad al-Idrisi, dengan banyak lagi la.

Ambik la contoh elok sikit. Ni takat halau hantu je. Fine, maybe korang boleh cakap yang UFM cuma watak dalam filem je, takkan nak suruh jadi sama hebat dengan orang betul. Aku tak berapa setuju, tapi fine lah. Cuma jangan panggil filem Islamik la kalau macam tu, kalau yang “Islamik”-nya cuma serban dengan jubah.


#3 Orang baik diajar untuk berdiam diri saja

Kejahatan akan sentiasa kekal bila yang baik berdiam diri,” translation satu pepatah omputih, lebih kurang. Aku setuju, cuma nak tambah satu ayat lagi: “... dan bila orang baik berdiam diri, cuma doa untuk kuasa Tuhan turun depan mata.” Itu je lah yang watak filem “Islamik” tau.

Ya, memang sabar dengan pasrah tu benda yang bagus. Tapi kalau ikhtiar takde, apa guna? Doa dengan ikhtiar kalau tak bergerak seiring (atau tak balanced), susah beb. Sepatutnya kita doa, ikhtiar, doa, ikhtiar sampailah takde apa lagi yang boleh dibuat. Lepas tu kalau nak pasrah, faham lah.


Tapi tengok jugak lah apa benda yang korang pasrah tu. Kalau macam gempa bumi, banjir, kematian – memang patut pasrah lah. Kita manusia ni tak terdaya nak lawan benda macam tu. Tapi kalau kena fitnah; atau dapat suami kaki pukul; kena tipu duit; kena halau dengan tuan rumah... Ikhtiar la selagi boleh.

Tapi watak dalam filem/siri TV memang gitu lah. Sebab malas nak fikir panjang, guna tragedi untuk bagi watak tu meratap pilu 24 jam. Tapi nasib watak ni semua selalunya baik, sebab yang buat citer tu semua nak berlagak macam “tuhan”, dan ada kuasa untuk bagi balasan yang habis kreatif untuk watak jahat diorang.

Ini membawak kita ke #2.

#2 Memberi sifat manusia kepada Tuhan

Antara semua, memang Tanah Kubur yang paling haramjadah. Kalau tak pernah tengok, kat sini ada. Kalau malas nak tengok, senang cakap Tanah Kubur ni kira macam Kisah Benar: Edisi Tuhan Bayar Cash. Atau Mastika: Siri TV Lah Pulak.


Setiap episod ada dosa yang jadi tema dia. Dosa ni pulak dibagi pada satu watak yang memang takde sifat atau personaliti lain. Pelakon yang kurang bernasib baik tu pun akan melakonkan watak dia dengan penuh dedikasi sampai jadi tak realistik. Bukan salah diorang. Dah memang dibagi watak macam tu.

So kalau kaki mabuk, memang mabuuuk je memanjang. Kalau bapok, kerja nak make-up dan jubon (jual bontot) je. Macamlah manusia ni terdiri dari satu sifat je. Separuh jalan, sama ada yang berdosa tu mati, atau orang tersayang (yang nampaknya macam takde dosa langsung) dia yang mati. Macam-macam benda kreatip akan berlaku masa pengebumian, dan tukang gali kubur Tok Adi pun akan dipanggil untuk menyelamatkan keadaan.

Masalah paling besar Tanah Kubur ni, kalau tanya aku lah; yang buat siri ni macam letak prejudis dari dalam diri diorang kepada pendosa seolah-olah diorang tau macam mana Tuhan “berfikir” dan macam mana balasan dibuat.

Contoh: Bila mak nyah sorang ni mati, dia keluar “darah haid” dari semua rongga dia. Perempuan yang guna ilmu sihir untuk cantik, bila mati kulit muka dia jadi barai. Silap haribulan, pelacur mati, ular keluar dari vagina pun ada.

Apa benda ni?

Apa yang aku nak cakap sekarang ni, kita takkan tau macam mana Tuhan akan berurusan dengan kita bila dah mati nanti. Apa yang kita boleh buat, cuma... yang terbaik lah.

Sebab apa? Sebab Tuhan maha adil, dan berdendam bukan salah satu sifat Tuhan. Kalau tidak, macam mana pelacur pun boleh masuk syurga? Kalau nak benci, benci dosa dan bukan pendosa tu sendiri.

Hina di mata kita tak bermakna hina di mata Tuhan. Wallahu a’lam.

#1 Pada diorang, macam tak ada istilah “Wallahu a’lam”

Okay, mungkin diorang tak bermaksud pun nak sampaikan apa yang aku cakap dari tadi. Diorang buat semua ni bukan untuk duit atau ratings *batuk* - diorang cuma nak beri kesedaran pada orang ramai.

Okay, fine. Tapi ini ke caranya? Dengan berlagak sebagai jurucakap Tuhan?


Ada beza tau antara nampak balasan kubur depan mata (berhikmah), dengan balasan kubur yang dibuat dalam konteks rancangan TV (berlakon). Yang kemudian tu tak lain dari eksploitasi semata-mata. Sampai 12 musim!

Lagi sekali aku nak kata, kita mungkin cuma nampak dua-tiga sifat seseorang; tapi Tuhan nampak dan tahu semua – jadi jangan memandai nak agak apa balasan yang orang lain akan dapat.

Malangnya, itulah premis siri Tanah Kubur ni. Ya, memang... setengah orang boleh berfikir secara logic, ada yang kita kena main sentimen untuk ajar dia (macam Dr. Zakir Naik cakap). Tapi dalam Tanah Kubur, implikasi dia macam kata, “Jauhi dosa. Kalau tak, mati nanti mampus kau. Buat malu keluarga.”

Jadi apa yang diorang nak kata? Kita kena beribadat/jauhi dosa sebab kita kena takut balasan Tuhan semata-mata? Susah aku nak setuju dengan sentimen tu.

Akhir sekali, aku cuma nak kata kerja Tuhan ni bukan untuk kita agak. Sebab kita memang tak boleh pun agak! Jadi kalau nak buat siri TV yang “mendidik” masyarakat, buatlah dalam kapasiti kita sebagai manusia. Ada siri TV popular kat US, tajuk dia What Would You Do?, tunggu masa je untuk korang ciplak.

Pergi lah. Buat benda tu pulak. Sebab sebenarnya tak wujud pun istilah “Filem Islamik”. Bak kata Nadia Khan, Islamik dalam konteks penceritaan adalah nilai/elemen, bukan genre.

4 comments:

Anonymous said...

Quick interjection: Nobody is perfect and so do I think pengarah filem2 yg dikatakan seperti diatas. Maybe otak dia fikir, oh kalau movie islamic, kearah islamic je tanpa fikir dunia realiti yg dorang tengah duduk. Plus, penerbitnya pun David Teo, cina. Tahu apa psl ''islamic''. Patutnya contohi lah cerita islamic Turki ke Spain yg menang kat A-list tu. What would u do tu aku rasa astro Oasis dah buat yg host dia rockers rebonding rambut tu (tak ingat nama). Bukan dari segi nilai/elemen je. Islamic is universal. Islam is perfect dari sampai korang pergi toilet pun ada law dia. Macam aku respect cerita Iran kat A-list tu, sentuh bab cerai, bab talak. Benda2 macam ni pun islamic jugak. Maksud aku, Islam ada syari'ah. Perniagaan pun ada taw. Org je taktaw. Apsl taknak masukkan nilai2 cmtu dalam movie? And, aku berharap dengan post aku ni set2 indie, korang semua pun start lah bikin film2 yg macam tu. Membanggakan bangsa, agama dan negara. Setakan bangsa, negara je aku dah biasa tengok. Aku respect dgn jalan cerita terbaik dari langit, KIL, Cuak, Songlap dgn sebagainya. But the truth is, korang pun tak masukkan nilai ''islamic'' dlm movie ni, am I right? AKu tak rasa ini ugutan ke apa it's just a suggestion sbab korang pun ''islam'', and I wanna see this kind of movie in pawagam tu. No offense, I love all those kind of movie, cuma aku rasa lebih baik korang buat jugak drpd cuma tahu bercakap saja n aku x rasa korg akan fail kalau korg buat sbb korg pun ISLAM (I was shock to hear u are from ABIM) so I'm sure these guys pengarah2 cerita yg aku sebutkankan tadi tu about how to put Islam in a movie, right?

Mamü Vies said...

Interesting point. Tapi rasanya anda sendiri dah jawab soalan ni kot; "Berniaga ada law, masuk toilet pun ada law" - kalau fikir dari konteks tu, semua filem pun ada element yang Islam ada ajar sebab memang betul pun Islam itu universal.

Jadi kalau kita tengok balik list films yang disebutkan tu, ada element Islamik dia, tinggal kita je nak fikir. Atau, better yet, tak perlu kot nak exploit Islam sebagai pelaris filem/drama. Sebab takde beza dengan kes air mineral/dadih/kismis yang ada juzuk Quran kalau camtu.

Ri said...

just a humble opinion as feedback to Anonymous & Mamu-

since Islam is a way of life, it is a challenge to portray it on screen for Malaysian movies other than using the obvious- clothing, solat, reading Quraan etc...

for example, being punctual is Islam because it contains the element of amanah but it is something that is not so common in our culture.

another thing about movies is that it is meant to portray current situations (even movies of the future or the past would have some sort of reference to current situations).

therefore, how would people be able to accept a movie that is less than true to what we know?

which is why, i think arwah Yasmin's movies received such wide acceptance. they are honest and show what IS.

Iranian films, as another example, are able to incorporate more of Islam in their movies because in life, they are practicing more of Islam.
it is current, it is true.

anyway, these are just views.
my knowledge about movies and moviemaking is of course nowhere near Mamu's level and most probably not up to Anon's as well...

Anonymous said...

I showed your blog to my dad but he accuses you of being a Jewish because he said you don't see the goodness and honorable messages that these producers want to send to people, and I was like WHAAAT???....XDDD, these really shows how afraid and stupid Malay people are towards a little criticism on these movies and series

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share This!